Jun 26, 2018

Bab 1

Kalau abg x call awk dulu, apa jadi pada kita sekarang ? Tiada istilah kalau, abang pasti akan call jugak. Kerana yang mengerakkn hati abang itu Allah dan Allah juga mengerakkan hati saya utk menjawab. 

Kami kenal 6 tahun lepas, masing2 fasilitator alumni utk KMJ. Lepas program kami jarang contact.  Kalau ada pun jenis msg hari ni, esok baru aku balas. Punya tak suka dia dulu. Repeat utk 4 tahun benda sama. 

Dia yang x pernah miss wish Birthday tiap2 tahun dan ambil tahu beberapa perkara, tapi macam biasa aku ambil step ignore. 

Kadang buat lawak nk meminang, ada time ttbe ajak kahwin. Aku yang suam2 kuku ni malas nak layan, mamat ni mesti nak test market je. 

Tiba saat tu, 2 tahun lepas, dia bawa diri. Dia senyap. Fuh aku lega. Akhirnya dia faham. Last dia ajak kahwin kt fb, ni sangat tiba2. "Jom kahwin". Lepas 12 jam baru aku balas lepas menung panjang. "Hah?" Tu je. Lepas tu dia hilang. 

Aku bukan benci dia, tapi aku x ada masa. Serabut dengan study dan kerja. Kononnya. Tambah rasa insecure pd diri, siapalah nak aku. Macam budak2 x matang je. 

Tahun lepas 2016, awal bulan 2, ini sangat tiba2. Dia call lepas tah bertahun lamanya, tapi Aku x tahu kenapa lembut hati nak menjawab dan berbicara. Hati dah tenang lepas seminggu b4 aku decide utk terima sapa-sapa yang datang. Kalau jodoh tak kemana, tu aku genggam kuat even aku aim 28tahun kahwin sebenarnya. 

Natural saja, macam abg dengn adik. Just nak inform dia nk pergi umrah esoknya buat kali ketiga. Kebetulan lalu rumah aku lalu teringat adik amalina. Baiklah alasan diterima. 

Start call tu, macam dipanah cinta. Benci dulu jadi sebaliknya. 360. Padahal dia x da buat apa. Text aku ringkas " balik umrah nanti, ws saya". 14 hari aku tunggu dia balik umrah. Ni yang startnya perigi cari timba. 

Bersambung.....