Jun 26, 2018

Bab 2

"Can i send to u my resume too ?" Cara berlapik mencari jodoh. 

14 hari menanti penuh gusar. Doa, istikharah dan doa ibu. Kalau ada jodoh dapatlah, tak ada jodoh jangan melatah. Kita manusia, redha dan tawakal itu perlu ada.

Ibu selalu pesan, cinta manusia seadanya takut membenci, benci manusia seadanya takut mencinta separuh mati. Kalau x suka org, tolak baik2, jgn dibentak-bentak. 
.
.
Aku tak tahu mana datangnya keyakinan tu, bukan mudah si Amalina yg nak memulakan langkah. Fuhh first time. Gigil. 

Landing......

"Abg dah sampai Malaysia" seperti yang aku jangka, kalau dia laju beritahu dia sudah pulang, mungkin ada peluang. Kalau seminggu lepas tu baru dia cari, mungkin kirim salam sajalah. Haha 

Malam tu aku saja ajak borak, pasal Umrah pasal kesihatan dan point penting pasal akk ipar aku. Akk ipar ni kononnya makwa dialah sebab aku bajet jadi adik-adik.

Awal2 dia berdalih. Tukar cerita. Mungkin dah x selesa. Aku uturn balik, sampai aku pon naik give up x dapat tahu status dia. Ceritanya kalau dia sudah berpunya, kau kena tarik diri dan jalan. Itu cara menghormati sesama perempuan. 

"Ada ramai org kenalkan kawan dorg. Tapi entahlah buzy. Yang hantar resume pon ada" fuhh pesaing aku hebat. Gigil lagi kaki. Habis professional hantar resume. Nak tutup cerita sebab dah berjelaa, "kalau macam tu , can i send to you mine ?" 

Jap dia tak paham. Lelaki be like *susah nak faham bahasa berlapik. Aku ulang ayat sama dua kali diikuti Assalamualaikum. Redhaaaa. 

Senyap seketika. Tetttttttttttt bunyi nafas terhenti. Hiperbola. "Abg igt awak main2, bagi abg masa utk berfikir" 

Rebah. Pening. Kalau dia nak, pasti terus oke. Kan ? Esoknya aku tunggu, tak ada khabar. Aduh, kena reject ke ni? . Xpee kena kuat. Xpee. Malam tu, fuhh dia whatsap. Macam bulan jatuh ke riba. "Maaf abg tak dapat bagi jawapan malam tadi. Kalau abg fikirkan diri sendiri, pasti abg dh terima ama. Tapi abg perlu fikirkan tentang keluarga abg dulu" - most selfishless statement. Makin bertambah-tambah tenang hati aku.

Bersambung...  

Bab 1

Kalau abg x call awk dulu, apa jadi pada kita sekarang ? Tiada istilah kalau, abang pasti akan call jugak. Kerana yang mengerakkn hati abang itu Allah dan Allah juga mengerakkan hati saya utk menjawab. 

Kami kenal 6 tahun lepas, masing2 fasilitator alumni utk KMJ. Lepas program kami jarang contact.  Kalau ada pun jenis msg hari ni, esok baru aku balas. Punya tak suka dia dulu. Repeat utk 4 tahun benda sama. 

Dia yang x pernah miss wish Birthday tiap2 tahun dan ambil tahu beberapa perkara, tapi macam biasa aku ambil step ignore. 

Kadang buat lawak nk meminang, ada time ttbe ajak kahwin. Aku yang suam2 kuku ni malas nak layan, mamat ni mesti nak test market je. 

Tiba saat tu, 2 tahun lepas, dia bawa diri. Dia senyap. Fuh aku lega. Akhirnya dia faham. Last dia ajak kahwin kt fb, ni sangat tiba2. "Jom kahwin". Lepas 12 jam baru aku balas lepas menung panjang. "Hah?" Tu je. Lepas tu dia hilang. 

Aku bukan benci dia, tapi aku x ada masa. Serabut dengan study dan kerja. Kononnya. Tambah rasa insecure pd diri, siapalah nak aku. Macam budak2 x matang je. 

Tahun lepas 2016, awal bulan 2, ini sangat tiba2. Dia call lepas tah bertahun lamanya, tapi Aku x tahu kenapa lembut hati nak menjawab dan berbicara. Hati dah tenang lepas seminggu b4 aku decide utk terima sapa-sapa yang datang. Kalau jodoh tak kemana, tu aku genggam kuat even aku aim 28tahun kahwin sebenarnya. 

Natural saja, macam abg dengn adik. Just nak inform dia nk pergi umrah esoknya buat kali ketiga. Kebetulan lalu rumah aku lalu teringat adik amalina. Baiklah alasan diterima. 

Start call tu, macam dipanah cinta. Benci dulu jadi sebaliknya. 360. Padahal dia x da buat apa. Text aku ringkas " balik umrah nanti, ws saya". 14 hari aku tunggu dia balik umrah. Ni yang startnya perigi cari timba. 

Bersambung.....